Kisah penurunan Surah Al-Kahfi

Sejarahwan, Muhammad bin Ishaq, dilaporkan dalam Sirah bahawa surah kelapan belas dalam al-Qur'an (yang mengandungi kisah Zulkarnain) diwahyukan kepada Nabi Muhammad oleh Allah untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh rabai yang tinggal di Madinah - manakala ayat ini diturunkan semasa baginda berada di Makkah. Menurut Ibn Ishaq, kaum Quraisy yang ketika itu sedang gelisah dengan ahlinya yang mengakui akan kenabian mula berunding dengan para rabai berkenaan hal tersebut. Kaum Quraisy menghantar dua orang untuk berjumpa dengan para rabai di Madinah, memandangkan yang mereka mempunyai ilmu yang lebih tinggi tentang kitab dan nabi. Kedua-dua orang tersebut menceritakan tentang Muhammad kepada rabai tersebut.

Para rabai memberitahu lelaki itu untuk bertanyakan kepada Nabi Muhammad tiga soalan:

Mereka [para rabai] berkata, "Tanya dia tentang tiga perkara yang akan kami beritahu kamu untuk ditanyakan, dan jika dia menjawabnya, maka dialah Nabi yang telah diutus; dan jika dia tidak menjawab, ketahuilah apa yang dikatakannya (selama ini) tidak benar, bermakna apa yang kamu nak buat dengannya terserahlah kepada kamu. Tanyakan dia tentang para pemuda yang hidup pada dahulu kala dan tanyakan dia tentang kisah mereka memandangkan kisah mereka aneh dan menakjubkan. Tanyakan dia tentang seorang lelaki yang mengembara jauh hingga ke timur dan barat dunia, apakah kisahnya. Dan tanyakan dia tentang Ruh – apakah itu? Jika dia memberitahu kamu tentang hal ini, maka dia ialah Nabi, oleh itu, ikutilah dia. Tetapi, jika dia tidak memberitahu kamu, maka dia adalah orang yang mereka-reka, terpulang kepada kamu apa yang kamu ingin lakukan padanya."[7]

Menurut Ibn Ishaq, apabila Nabi Muhammad ditanyakan tiga soalan daripada para rabai tersebut, baginda berkata yang baginda akan menjawabnya pada keesokan pagi tetapi tidak mengungkapkan "insya-Allah" (jika diizin Allah). Selama lima belas hari baginda menunggu wahyu tetapi tidak kunjung tiba dan selama itu juga baginda tidak menjawab soalan tersebut. Penduduk Makkah mula meragui kenabian baginda. Kemudian, selepas lima belas hari berlalu, baginda menerima wahyu berupa Surah al-Kahfi sebagai jawapan kepada persoalan rabai.